- Gangguan terhadap habitat Orang Utan.
Ini merupakan ancaman terbesar kepada spesis Orang Utan.Orang Utan hilang habitatnya kerana tekanan ekonomi,kerakusan manusia dan bencana alam.Faktor lain yang mengancam Orang Utan ialah pembalakkan haram,peluasan kawasan ladang kelapa sawit,pembakaran hutan,pembersihan dab pembakaran oleh pekebun,kerja-kerja membuat jalan,fenomena semulajadi dan lain-lain.
- Kegiatan perdagangan anak Orang Utan.
Setiap tahun beratus ekor anak Orang Utan diperdagangkan.Ini di lakukan dengan membunuh si ibu lalu di ambil anaknya.Dianggarkan 4-5 ekor orang utan mati untuk setiap ekor anak Orang Utan yang dijual.Kematiannya boleh disebabkan kecederaan akibat jatuh daripada ketinggian beberapa ratus kaki ke lantai hutan setelah ibu Orang Utan ditembak,trauma melihat ibunya mati dan berkemungkinan dimakan,langkitan penyakit daripada terpaksa menyerah kepada keadaan lalu mengekori si pemburu.
- Kegiataan pemburuan komersial berlesen dan tidak berlesen.
Kegiatan ini berterusan hingga hari ini,terutama di negara yang kurang membangun kerana program melindungi tidak pernah wujud atau kurang dibiayai.Kegiatan pemburuan terbahagi kepada dua iaitu:
- Pemburuan sukan :pemburu memburu untuk tujuan rekreasi
- Pemburuan komersial:pemburu membunuh untuk mendapatkan keuntungan.
0 comments:
Post a Comment